LOOSE WEIGHT NOW, ASK ME HOW
Mazliwati Md Shah cuts a slender figure now compared with the obese person she was a year ago.
Mazliwati sheds 120kg and looks a winner
KUALA LUMPUR: Just look at her now. Mazliwati Md Shah, 35, who weighed 208kg last year, now tips the scale at just 88kg.
Mazliwati, who is taking a beauty course at a private institution, now even harbours dreams of opening up a beauty salon and selling beauty products.
The biggest sacrifice she had to make to lose weight was to take rice out of her diet for about a year.
“I ate more vegetables and proteins, such as fish and chicken. I also took other food for nutrition.
“All of that was done under a doctor’s supervision. I also did some light exercises.
“My skin is firmer now and my cellulite problem is gone.
“The most visible change is my hip measurement, from 191cm to 86cm now.”
Mazliwati said her battle with the bulge was not yet over.
“My doctor suggests that I should reduce my weight further to 57kg, but I think 65kg is fine,” she added.
Mazliwati now has a social life.
“My confidence level has soared as before I only stayed at home.”
Her health has also improved with her high blood pressure, diabetes and breathing difficulty all gone.
So will she consider marriage? “I will marry but not at the moment as I would like to achieve my dream first,” she said.
Dulu 208kg, kini 73kg
mazliwati md shah
mazliwati_shah@yahoo.com
2010/05/22
Mazliwati kini menjadi pemilik pusat kecantikan badan.
Kisah silam hidap kegemukan habit jadi inspirasi buka spa kecantikan
MAZLIWATI Md Shah, wanita obesiti yang pernah menggemparkan negara kerana memiliki berat badan melebihi 208 kilogram (kg) kini mampu tersenyum apabila beratnya turun sehingga 73kg dan lebih manis apabila beliau berjaya membuka pusat kecantikan idaman di Wangsa Maju.
‘Meranti Spa’ seolah-olah merealisasikan impian beliau yang bercita-cita membuka salun kecantikan dengan pelbagai perkhidmatan dan produk kecantikan sebelum ini.
Mengimbas peristiwa lalu, pengalaman ngeri menghidap Abdominal Cellulitis atau selulit pada perut dan Hobbit Obesity atau kegemukan habit yang dihidapi sejak 2004 membuatkan beliau lebih cekal dan bersemangat mengorak langkah untuk mengubah hidupnya.
Malahan, ramai yang tidak menyangka gadis dengan berat 73 kilogram itu kini bakal bergelar usahawan berjaya, kelak.
“Banyak pengalaman pahit ketika gemuk dulu yang melemahkan semangat. Saya berputus asa, merendah diri dan sukar menguruskan keperluan diri sendiri malahan bergantung harap kepada orang lain.
“Jadi bagaimana hendak berjaya? Bagaimanapun, pembedahan yang saya lalui memberikan sinar dan saya mula yakin untuk berjaya dan percaya akan keazaman serta kesungguhan diri selepas itu,” katanya ketika ditemui di Meranti Spa, Wangsa Maju, baru-baru ini.
Bukan sedikit rintangan yang ditempuhinya ketika itu untuk membina hidup. Ejekan dan kata-kata nista banyak membangkitkan semangat wanita kental ini untuk meraih kejayaan.
Tekad dan kuat mengamalkan disiplin, beliau melakukan anjakan dari masa ke masa bagi membuktikan kesungguhan dirinya untuk berjaya dan menjalani kehidupan normal seperti insan lain.
Pembedahan yang dilalui mengakhiri penderitaannya, malah kini Mazliwati adalah insan baru. Atas dasar mencari pengalaman sebelum menubuhkan perniagaan sendiri, anak keenam daripada lapan beradik berkenaan menimba pengalaman dengan menjadi pelatih kecantikan di sebuah spa di ibu kota.
Budaya kerja, gelagat pelanggan dan ilmu kecantikan diteliti sepenuhnya malahan diserap menjadi panduan serta asas berguna dalam mengasaskan perniagaannya kini.
Tidak ketinggalan, senario menimba ilmu selama setahun di Akademi Kecantikan Clara, turut dijadikan pedoman selain dicurahkan sepenuhnya dalam menggerakkan spa yang baru setahun jagung usianya.
“Spa ini baru beroperasi awal Mei lalu dan sambutannya menggalakkan terutama selepas waktu pejabat. Walaupun memperuntukkan duit sendiri sebanyak RM30,000 untuk menubuhkan spa ini, saya tidak menyesal,” katanya yang berkongsi perniagaan dengan rakan karibnya, Nor Ashikin Mohd Syah.
Keputusan menggunakan duit sendiri diambil selepas beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang enggan memberikan sebarang bantuan kewangan kepada mereka.
Enggan menoleh lagi, meskipun kerjaya tukang masak sebelumnya dikatakan melencong daripada kerjaya dalam bidang berkaitan kecantikan, Mazliwati menganggap perbezaan dua bidang demikian sebagai kayu ukuran kejayaannya.
Mengimbangi kecantikan kini, beliau bersyukur tidak mengalami masalah lebihan kulit yang memalukan. Makanan tambahan diamalkan didapati dapat menegangkan kulit agar halus, lembut, gebu dan menarik sesuai dengan perwatakannya sebagai pemilik pusat kecantikan kini.
Tegasnya, sesiapa saja mampu berubah asalkan tahu arah tujuan dan kehendak hidupnya. Bahkan, masalah lampau adalah penjana kecemerlangan beliau pada hari ini.
lebih istimewa, wanita berusia 34 tahun itu turut mengakui bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
“Impian membuka pusat kecantikan seperti yang diidamkan sudah tercapai. Kalau ada jodoh, saya bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini,” katanya yang menetapkan matlamat mencapai cita-cita dulu sebelum berkahwin.
Profil
Mazliwati Md Shah
Usia: 35 tahun
Berat: 73 Kilogram
Asal: Bandar Tasik Puteri
Status: Bujang
Profesion: Consultant Beautision
Pendidikan: Sijil Kemahiran Malaysia bahagian kecantikan, Akademi Kecantikan Clara.
Hobi: Melakukan perawatan kecantikan
|